Saturday

BAHAYA & JENIS-JENIS DADAH

Apa itu Opiat?Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

POKOK GANJAKanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok Genus Kanabis atau Ganja. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan dadah. Ia juga didapati tumbuh liar di kawasan beriklim panas di Afrika, Mexico, Asia dan Timur Tengah.



SERBUK GANJA
Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga. Pokok kanabis yang dikeringkan dan kadangkala dijadikan blok atau bentuk ‘sate’. Ia menyerupai tembakau, tetapi lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah di antara 0.25% hingga 8%.


 
MORFIN MENTAH
(Bentuk Blok)Morfin jenis ini didapati dalam bentuk blok atau serbuk. Bentuk blok selalunya berukuran 5cm x 10cm x 15 cm dan beratnya 1,200 gram hingga 1,500 gram. Warna blok berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda “999”. Blok ini pada umumnya mengandungi 70% hingga 90% Morfin Hidroklorik.



CANDU MENTAH
Apabila buah popi muda ditoreh, ia mengeluarkan getah putih yang berubah menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam. Kemudian, getah itu dipungut dan bahan ini dinamakan candu mentah. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah pada udara.



Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.


Dadah dan Anda!Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.


Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.


Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai“dadah yang disalahguna”.

Dadah dan Ciri-cirinyaDadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :


  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf    tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang